Menu
  • Home
16/10/202216/10/2022

Welcoming Speech at ICACIN 2022

Awal-awal pagi 9 Oktober saya dapat satu mesej di Whatsapp dari Dr Faisal Saeed yang merupakan seorang pensyarah di School of Computing and Digital Technology, Birmingham City University, Birmingham, United Kingdom.

“Salam Dr Min. I hope you are fine and doing well”

“ICACIN 2022 will be helad on 15-16 October”

“Will you be available on 15th, 8am (GMT) to deliver a welcome speech as Honorary Co-Chair?

Alhamdulillah, kebetulan tiada apa-apa komitmen lain yang penting pada hari tersebut 15 Oktober, hari Sabtu. Tambahan pula masa yang diberikan adalah 5 minit sahaja. Maka saya jawab “Yes, insya ALLAH”.

BEZA WAKTU

Untuk memastikan saya tidak silap waktu yang ditetapkan, saya telah buat carian di Google “GMT to Malaysia Time“. Melalui carian tersebut, saya dapati 8 am GMT = 4 petang waktu Malaysia. Malaysia terkehadapan sebanyak 8 jam berbanding UK. Untuk pengetahuan semua bermula hari Ahad terakhir bulan Oktober setiap tahun, UK akan ‘tukar jam’ di mana waktu dicepatkan selama satu jam. Kemudian pada hari Ahad terkahir bulan Mac, masa akan ditambah sejam, kembali seperti biasa. Pertukaran jam ini berlaku pada pukul 2 pagi.

Maknanya pada hari Ahad terakhir bulan Oktober, pukul 2 pagi itu telah dikurangkan sejam, bermakna jam adalah 1 pagi. Boleh bayangkan?

CABARAN PERSIDANGAN HYBRID

Berbalik kepada ucapan yang saya perlu berikan di ICACIN. Saya pun bersiap sedialah di hadapan laptop di platform Zoom sekitar jam 3.50 petang. Hati saya gembira sebab nampak beberapa orang pelajar kami (sekurang-kurangnya 4 orang), pelajar PhD Sistem Maklumat juga hadir dalam talian.Kehadiran mereka bermakna artikel mereka telah diterima untuk dibentangkan di persidangan ini.

Majlis bermula 15 minit lewat. Ini telah saya jangka memandangkan persidangan ini dijalankan secara hybrid. Persidangan fizikal berlangsung di Hasan II University, Casablanca, Morocco. Indahnya persidangan ini, salah satu penganjur utama adalah Yemeni Scientist Research Group (YSRG). Ahli-ahli YSRG ini kebanyakannya adalah Alumni PhD dari universiti-universiti di Malaysia. Mereka sangat bersatu padu dalam menjalankan penyelidikan dan mempunyai jaringan yang sangat besar dan baik. Saya telah dilantik sebagai Honorary Co-Chair di atas kapasiti sebagai Presiden Persatuan Sistem Maklumat Malaysia (Malaysia Association for Information Systems – MyAIS), oleh itu saya menggunakan virtual background MyAIS. Satu lagi penganjur bersama ialah Information and Service Systems Innovation Research Group (ISSIRG) dari Fakulti Pengurusan, Universiti Teknologi Malaysia.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat Al-Quran. Cabaran program hybrid, PIC yang menjaga platfrom Zoom telah mainkan ayat Quran yang dipaparkan – Surah A-Asr, namun audionya tidak kedengaran. Aduh. Beberapa kali dia cuba mainkan, namun tidak berhasil. Pada amsa itu, ingin sahaja saya klik butang Unmute dan bacakan surah Al-Asr! Hahahaha Namun ditahan-tahan apabila memikirkan persidangan ini didominasi oleh ‘Pak Arab’ dan tidaklah manis saya hijack majlis orang lain!

Akhirnya, memandangkan masih ada masalah teknikal audio tidak kedengaran, salah seorang PIC membacakan surah At-Toriq. Mungkin dia baca sahaja surah kegemarannya atau yang beliau lancar membacanya. Apa pun, Alhamdulillah, alunan bacaan Al-Quran dimulakan dalam satu persidangan ANTARABANGSA!

LATIHAN MEMBERI UCAPAN

Pada mulanya saya tidak menggunakan head phone. Tetapi memandangkan audio tidak beberapa jelas, saya gunakan headphone seperti dalam gambar yang saya kongsikan berikut.

Tibalah masa saya memberi ucapan 5 minit.

Ucapan saya berdasarkan 3 isi utama:

  1. Thank you – Ucapan terima kasih kerana menjemput MyAIS dan ISSIRG sebagai penganjur bersama
  2. Congratulations – Ucapan tahniah kepada penganjur dan peserta persidangan kerana artikel telah diterima (Accepted)
  3. All the best – Ucapan untuk pembentang dan keberlangsungan persidangan.

Ada terasa sedikit kelam kabut dalam memberi ucapan kerana memikirkan masa 5 minit sahaja diberikan. Juga, telah 7 tahun saya bekerja di belakang tabir sebagai Pengurus Teknologi Maklumat, Unit Research Computing di UTM. Tidak mengapa dengan kegugupan itu. Insya-Allah perlu berlatih lagi dan perbaiki. Betul kan? Practice makes perfect.

Alhamdulillah saya bersyukur dengan peluang yang ALLAH bukakan untuk saya ini melalui ICACIN. Semoga ALLAH permudahkan urusan-urusan seterusnya untuk menjadi Penyelidik yang bermanfaat dan berjaya.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest Posts

  • UTM Long Service Award Ceremony
  • Testing of auto post from my blog to my Facebook account
  • A Story About Dr Noorminshah…
  • Etika berkomunikasi Aplikasi Whatsapp
  • Welcoming Speech at ICACIN 2022

Archive

  • October 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • October 2022
  • February 2022
  • November 2021
  • September 2021
  • July 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • September 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • November 2019
  • December 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • December 2017
  • April 2017
  • October 2016
  • August 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • October 2015
  • July 2015
  • July 2014
  • June 2014
  • October 2013
  • March 2010
  • October 2008

©2023 | Powered by WordPress and Superb Themes!