KITTY OH KITTY!
Sekitar Mac 2017: Datang seekor kucing selalu meow meow depan rumah. Few days juga, kesian pulak. Lalu kami decide bagi makan kat luar rumah.
Husband tanya, “Nak panggil dia apa ek?”
Saya jawab. “Kami bagi dia nama ‘Kitty’ lah”.
Kitty ni manja betul, suka leseh2 kat kaki lepas tu golek2.
Bulan silih berganti…
Kitty bunting.
28 OGOS 2017: Kami nak out station ke KL. Milestone terakhir projek Pembangunan BIM Library diketuai oleh PM Dr Kherun Nita Aliagha.
“Ain, cuba tanya Ibu Ain. Boleh tolong jagakan Kitty tak? Macam dah nak beranak je. Perut dia dah besar betul. Saya nak gi KL buat training untuk projek CIDB tu”, saya tanya pada pelajar MSc saya Nur Ain Zulkefli.
“Dr, Ibu kata ok, boleh. Tapi Dr bawak sangkar sekali eh. Takut nanti dia lari pulak sebab tak biasa kat rumah Ain. And takut dia stress sbb nak bersalin”.
“Alhamdulillah. Ok Ain, no problem. Malam nanti saya hantar dia ye”. Kami pun hantar lah Kitty bersama kandang yang baru dibeli.
Selesai sahaja hantar Kitty ke rumah Ain, kami pun bertolak ke KL. Esok paginya…
29 OGOS 2017: Dapat mesej dari Ain, gambar anak pertama Kitty. “Dr, Kitty dah beranak! Baru keluar seekor”. Hari tu, Si Kitty melahirkan 5 ekor anak. Alhamdulillah disambut dengan diiringi selawat oleh Ibu Ain ❤️. Phew nasib baik dah hantar semalam!
Mulanya Ibu Ain jagakan Kitty dan anaknya sementara waktu sbb kami sibuk out station beberapa kali lepas tu. Kemudian kami bawa balik rumah. Husband excited, siap beli lagi 1 kandang yang lebih besar, tempat makanan dan minuman. Also litter box yang lebih besar.
“Kesian anak kucing ni. Kalau kita tak jaga, I takut kat luar nanti kene langgar ke. Bagi dia besar dulu. I baca kat blog 4 minggu ni dia minum susu mak dia. Lepas 4 minggu baru boleh makan”
Comel tengok gelagat si 5 ekor tu. Comel juga tengok gelagat Kitty jaga anaknya. Kasih Ibu Kucing yang baru pertama kali melahirkan anak. Kadang-kadang dengar Kitty ‘menjerit’ mengeow kuat.
“Sakit agaknya anak dia hisap susu. Bila anak dia dah 3 minggu dah mula ada gigi” Husbandku si Bapa Kucing share ilmu kucing nya.
End of September 2017:
“Kitty ni senyap je pulak. I panggil pun tak nak jawab. Kenapa ek?” Husband tanya..
“Cuba keluarkan dia dari kandang tu. Bagi dia jalan2 sikit”.
“Tengok tu dia termenung je. Makan pun tak nak. Pelik pulak. Duduk kat panas pulak tu. I rasa dia sakit lah. Lepas Asar ni kita bawak dia gi Klinik la”.😥
“Ha ah, ok”, jawab saya.
Kami bawak Kitty ke Klinik Haiwan Global Pets di Taman Mutiara Mas. Terkejut juga bila masuk bilik rawatan tengok doktor nya Doktor Melayu. Cantik Doktor tu and very young.
“Kita check dulu ye. Oooh tengok tu. Puting susu dia bengkak. Kesian. Meh kita check tengok dia demam tak. Nampak luaran dia macam OK. Dr masukkan thermometer. 40 degrees. Panas tu. Kitty demam.”
“Macam mana ye Doktor? Bagi ubat?” Husband tanya
” Takpe, saya bagi ubat antibiotik untuk 7 hari, ubat demam dan ubat bengkak”.
Dalam hati ni ” Ya ALLAH, macam mana nak bagi kucing makan ubat ni?”
Lepas tu Doktor tu pun demo sikit cara nak beri Kitty makan ubat. Dr pesan:
1. Asingkan Kitty dengan anaknya.
2. Since anaknya dah 4 minggu dah boleh beri anak2nya makan makan biasa dicampur wet food. Boleh juga mulakan dengan bagi susu kambing.
3. “Make sure Kitty makan ye sebelum beri ubat. Kalau tak makan dulu, nanti ubat tu boleh buat dia gastrik”.
Lepas dah belikan susu kambing tepung for cats, wet food dan satu lagi sangkar, maka balik lah makcik and pakcik dua orang ni. Set up kandang Kitty. By that time, Kitty mmg dah nampak lemah sangat2 sebab tak makan since semalamnya.
“Kitty rest eh. Makan..Makan. Nanti kita makan ubat”.
Anak-anak Kitty pulak, bagi minum susu kambing nampaknya tak berapa minat. Bagi wet food berselera betul makan. For the first time merasa makanan. 5 beradik tu hentam je, mesti dah lapar sangat sbb tak minum susu maknya. Punyalah gelojoh, sampai ada sekor tu siap termuntah hihihi. Lega!
Malam tu, makanan Kitty tak berusik. Esok paginya pun sama. Sampaikan Kitty nak jalan pun macam nak jatuh. Finally kami decide bawak Kitty ke Klinik sekali lagi and decide suh Doktor masukkan je kat ward sebab tak pandai nak bagi makan ubat heheheh and kami nak out station lagi.
Masa kami di KL, husband dapat call……
TO BE CONTINUED…
KITTY OH KITTY : PART 2
Sambungan…
Malam tu, makanan Kitty tak berusik. Esok paginya pun sama. Sampaikan Kitty nak jalan pun macam nak jatuh. Finally kami decide bawak Kitty ke Klinik sekali lagi and decide suh Doktor masukkan je kat ward sebab tak pandai nak bagi makan ubat heheheh and kami nak out station lagi.
“Doktor, saya balik hari Jumaat malam. Jadi Kitty biarkan warded sampai hari Sabtu lah ye”, suami beritahu Doktor.
Flashback sikit ala2 Sinetron…
Sebelum nak ke KL suami dok fikir, anak2 Kitty ni siapalah nak tolong bagi makan. Sebelum2 ni biasanya minta tolong Mohd Amirul Najmananak saudara PM Dr Kherun Nita Aliagha a.k.a Jiranku yang fofular tu. Kali ni nak out station, dia balik Segamat pulak.
Fikir punya fikir, last2 suami kata, “I minta tolong Subash la. I buka gate kecik supaya dia boleh masuk letakkan makanan kucing”.
Maka sebelum gerak, suami saya pun berilah orientasi kepada Subash Pak Guard Nepal kat kawasan rumah saya tu.
“Ni makanan you bagi kecik-kecik kan dulu, lepas tu campur dengan makanan yang biskut tu”. Subash dah lama juga berkhidmat di kawasan perumahan kami, maka agak boleh dipercayai lah dan dia pun jenis tak takut dengan kucing. Suami bagi upah sikit kat dia untuk tolong bagi makanan.
Maka makcik and pakcik ni pun berangkat lah dengan lega dan tenang ke KL. Out station tersebut adalah untuk Mesyuarat AJK dan ahli Persatuan Sistem Maklumat Malaysia yang diadakan di Hotel Bangi-Putrajaya 5 & 6 Oktober 2017.
Masa kami di KL 6 Oktober tu, suami dapat call……
“Hi KITTY DAH SIHAT. Kitty sudah boleh balik”, kata wanita berbangsa Cina dari Global Pets @ Klinik Haiwan.
Alhamdulillah. YAYYYYY!😃😃😃😃😃
Husband jawab “OK OK, saya di KL ni. Saya dah cakap dengan Doktor saya akan ambil dia hari Sabtu. Terima kasih ye”.
Semasa saya keluar sekejap dari mesyuarat untuk chck out bilik hotel, “Babe, KITTY DAH SIHAT!” Suami saya ceritakan semula dengan ‘excited’nya dia dapat call tu.
🐈🐈🐈🐈🐈
Hari Sabtu tu, kami ke jemputan kenduri kahwin di Tebrau. Hujan lebat petang tu. Akhirnya kami ambil Kitty selepas Maghrib.
Doktor kata, “Kitty dah baik. Dah OK dah. Kuat makan. Mengade-ngade. Tapi senang nak bagi dia ubat. Ubat liquid yg antibiotik tu kalau dia makan sampai menjilat2. Ubat yg pil pun ok je. Ada sesetengah kucing susah nak bagi ubat” heheheh. Nampaklah Kitty dah sihat, berisi dan ceria. Suka betul dia dengan Doktor tu.
“Saya baru perasan 2 hari lepas kat salah satu puting susu Kitty tu bernanah. Jadi saya dah buang nanahnya dan dh buat dressing sikit. Balik nanti sambung bagi makan ubat antibiotik ni ada 2 hari lagi dan ubat bengkak. Krim ni sapu kat bahagian yg dah dressing tu.”
KENE BAGI MAKAN UBAT JUGAK! hahahahah. Bersilatlah kat rumah nanti.
“Jangan lupa ye asingkan dia dengan anaknya. Anak2 dia pun dah boleh makan kan?”
“A ah doktor, dah boleh. OK je makan wet food campur dengan makanan biasa tu. Tapi Susu kambing tu dorang tak nak “, kata suami saya.
Keluarlah Kitty dari ward. Jumlah bil Kitty termasuk ubat dalam RM300! hihihi mengalahkan orang gi klinik. Kalau Klinik Panel pun cover RM50 je. Demi mu Kitty ❤️
Sesampai rumah, kami letakkan carrier Kitty yg berwarna biru tu menghadap kandang anak2nya. Suami saya ni agak teliti dan over pembersih. Bab kemas mengemas mmg saya kalah lah. Siap dialas dulu kandang Kitty dengan kotak dengan rapi. Nampak lah gelagat anak2 Kitty mengeow-ngeow, mungkin excited nampak maknya. Lepas siap kemaskan kandang KItty, kami pun masukkan Kitty dalam kandang di belah atas kandang anak2nya.
Lewat malam sikit, nampaknya kotak tu dah dicarik2. Habis bersepah bekas kotak yang dicarik atas lantai. Kitty mengamuk! Tak nak makan!
Husband kata, “I rasa dia nak jumpa anak dia lah. Macam mana ek? Doktor kata jangan bagi duduk sekali dengan anak dia. Bagi sihat betul-betul”.
“Silaplah ek, tadi kita nampakkan anak2 dia. Kesian.” Jawab saya.
“Kita bagi dia duduk satu kandang je lah dengan anak2 dia. Lagipun Doktor kata yg bengkak tu pun dah ok, dah kering luka dia tu. Nanti I sapu ubat”, kata suami saya.
“Ha ok lah, sian pulak”, jawab saya
Once masukkan Kitty dalam kandang belah bawah tu..aduhai..jejak kasih. Sian betul. Dijilat-jilat anak2 nya satu per satu. Terserlah kegembiraan Kitty. Seekor anak Kitty yg paling bongsu Si Kenit tu cuba nak minum susu Kitty, tapi nampaknya Kitty tolak-tolak anaknya tu. Dia pun tahu keadaan kesiahatn dia and maybe dia pun dah nampak anak2 dia dah mula makan makanan kucing.
WHAT NEXT?
Ada sehari tu husband cakap dengan saya “Cuba you tengok atas kepala I ni. Macam merekah. Kering betul. Gatal2”
“Tu lah, kan I dah cakap. You memang allergy dengan kucing ni. Meh lah I sapukan Olivie”. Alhamdulillah setiap malam sapu Olivie keadaan agak terkawal. Tapi satu hari tu panas sangat, badan dah mula gatal-gatal teruk. Bawa gi klinik.
“Ok lah, I mengalah. Cuba you promote kat FB ada tak sesiapa nak anak-anak kucing ni. Ada tak eh orang yang nak?”, akhirnya baru lah dia pasrah. Sebenarnya saya kesian. Tak pernah seumur hidup jaga kucing, tiba-tiba kene jaga kucing 6 ekor! Setiap malam kene bersihkan najis kucing-kucing tu. 2 minggu sekali suami akan buang pasir kucing tu dan akan basuh dengan air panas. Biasanya bila buat ni badan confirm gatal-gatal. Saya memanglah kagum dengan suami saya bab ni!
Esoknya saya pun masukkan gambar anak2 Kitty di FB. Dengan harapan kalau ada yang nak semua lagi bagus. Alhamdulillah ex-boss Prof Ruzairi yg sekarang dah jadi TNCPI UTHM whatsapp saya.
Beliau tanya, “Kenapa tak bela?”
“Husband saya allergy Prof”.
“Jiran saya pulak allergy tengok kucing” 😄😄😄
“Saya dah beri nombor handphone Dr Min pada Puan Noorita jiran saya”
“Ok Prof.”
Petang tu Puan Norita hubungi saya. Selepas berbalas-balas mesej di Whatsapp dia kata nak datang ambil malam tu. Dia berkenan dengan 2 ekor anak Kitty. Satu yg mmg kesayangan saya namanya Betty, lagi satu kesayangan suami saya namanya Jackie.
Malam tu Puan Noorita datang bersama seorang anak perempuannya. Dah siap2 bawak beg untuk bawak anak2 kucing tu balik. Kami lepaskan 6 beranak tu keluar dari kandang untuk main2.
“Kesian pulak nak pisahkan dengan maknya” kata Puan Noorita.
“Tu lah. Tapi rasanya OK sebab sekarang memang dah tak hisap susu mak dia lagi. And yang 2 ekor tu memang agak independent sikit.”, kami explain pada Puan Noorita
Puan Noorita dan anaknya mmg Cat Lovers. Maka kami lega, anak Kitty dua ekor ‘in good hands’.
Puan Noorita kata, “Nanti saya hantar gambar ye Dr”. hihihi
Mula2 tengok Kitty macam sedih je, macam dah tahu2 anak nya nak kene ambil. Dia duduk juga kat luar pintu pagar lepas Puan Noorita balik. Like saying “Goodbye” kepada 2 ekor anaknya. Alhamdulillah, lepas tu kami masukkan dia dan 3 ekor lagi anaknya.
“Nampak Kitty macam happy je heheheh. Kurang stress agaknya dah tinggal 3 ekor. And kandang lebih luas” kata Suami saya.
Nampaknya setelah berkurangan kucing, kurang sikit allergy suami.
Esoknya Puan Noorita hantar gambar.
“Amboiiii anak2 Kitty 2 ekor ni dapat Mak Angkat kelasss gitu. Dok dalam rumah kat atas sofa!”, saya forwardkan gambar yang dihantar melalui Whatsapp kepada suami.
Minggu berikutnya Puan Noorita hantar gambar lagi. Alahai comelnya. Siap ada teddy bear dalam kandang tu.
Misi seterusnya ialah untuk mencari mak angkat lagi 3 ekor anak Kitty dan Kitty pulak macam mana ye???
KISAH LEBIH SADIS LEPAS NI IALAH LEPAS MAK ANGKAT AMBIL 3 EKOR ANAK KITTY…Nanti yg MESTI baca is Pengetua KTF PM Dr Roshanida A. Rahman hihihhi
Inshaa ALLAH PART 3 ye …Kene stop dulu sebab nak gi meeting dgn jiran menbincangkan projek training Building Information Modelling.
KITTY OH KITTY : THE FINALE
Sambungan dari Part 2, dua ekor anak Kitty (Jackie & Betty) dah pun berbahagia di rumah family angkat yg berbesar hati membela mereka.
Malam 2 beradik tu diambil, saya berwhatsapp urusan ‘shopping’ dengan Dr Anazida salah seorang ahli group Whatsapp ladies fakulti. Asalnya nama whatsapp group ni GengShopping. Lepas ekonomi tak berapa baik, kami revise nama jadi GengShoppingBerhemah hihihi
Secara tak sengaja, saya bercerita dengan Dr Anazida Zainal.
“Saya baru lps let go 2 ekor kittens 😬”
“Mak dia mmg Min bela ke? Kalau my daughter tahu mesti dia suruh gi minta dgn Min”
Dr Ana tambah lagi, “Sprinter (kucing dia) mati termakan racun rumah siapa ntah, jumpa esok paginya dgn darah kat mulut, mati. Menangis sepanjang hari dia sbb dia ni jenis syg sgt pd haiwan”
“Comelnya yg putih dan kelabu sikit tu 😊. Ok akak tanya anak esok pagi ya.Siap ada 2 sangkar kat rumah ni, 1 tu 2 tingkat 😅”
Apa pun Dr Anazida maklumkan dia perlu dapatkan persetujuan suaminya sbb kdg kala suaminya pun badan gatal2 kalau ada kucing dalam rumah.
Hati lega dengar dengan harapan mudah2an Dr Anazida bersetuju.
Esoknya apabila saya hubungi Dr Anazida semula, unfortunately husband beliau tidak bersetuju. Saya faham dilema org yg ada allergy ni seperti mana saya sedang mencari keluarga angkat 3 beradik tu kerana allergy yg dihadapi suami sendiri.
Next saya bertanya kpd Prof Sevia M Idrus pula yg merupakan antara yang terawal tanya tentang anak-anak Kitty ni.
“Sevia, nak tak anak2 kucing ni? ” tanya saya melalui Whatsapp
“Saya baru sampai dari KL ni. Sampai rumah nanti saya tanya anak2”.
Esoknya bila saya follow up, nampaknya xde rezeki anak2 Kitty ni nak jadi keluarga Prof Sevia.
Sementara nk menunggu keluarga angkat 3 beradik tu…
🐱🐱🐱🐱🐱
Flashback kejap.. sinetron lagi. Lupa satu scene masa Part 2
Masa Kitty baru2 lepas beranak, husband kata,
“Kotor lah Kitty ni. I nak hantar dia mandi. Biar bersih sikit. Nak vaccinkan dia sekali.”
“Nanti dulu. Baru sangat dia beranak dia. Bagi la masa dulu. Kalau mandikan nanti comot balik.”
“Baru sgt beranak boleh ke nak vaccin?”, tanya saya.
“Boleh! “, confident je husband saya tu.
“Erm, ye laa.”, ikutkan aje 😜
Nak dijadikan cerita, masa kami pergi beli makanan kucing kat kedai haiwan yg kami beli sangkar Kitty dan anak2nya, husband bertanya ttg nak mandikan & vaccin kan Kitty.
Kata adik yang jaga kedai tu, “Tak boleh mandikan dulu sbb dia baru beranak. Nanti dia stress. Kalau dia stress nanti takut dia tak nak susukan anak dia. Nak vaccin kan pun kene tunggu sebulan lepas tu”.
Dalam hati saya ” Kannn dah cakap dahhh.” hihihi.
Keluar je dari kedai tu, husband cakap, ” Tu lah you, kan I dah cakap. Belum boleh”
Hahaha.. Nak cover lah tu.
🐱🐱🐱🐱🐱🐱🐱
Sambung…
I rasa nanti kita lepaskan je lah Kitty kat luar bila anak2 dia takde. Kita letak je makanan kat luar macam sebelum dia beranak. Tapi kita vaccin kan dia. Kalau kita nak travel senang, boleh hantar kat hotel kucing”, plan suami saya.
“Ok, a ah better camtu. ” jawab saya.
Note: Kalau kucing tak di vaccin kan, hotel kucing tak nak terima.
Kami pun bawalah kitty ke Global Pets utk vaccin kan Kitty. Berjumpalah lagi dengan Doktor cantik tu (haishh lupa nak tanya nama Doktor tu).
Ok, masa kami bawak Kitty kali ni ke Klinik Global Pets, Kitty dah lepas ‘pantang’ dalam 5 minggu.
“Hari ni kita bg vaccin pertama dan ubat cacing. Lepas sebulan datang lagi ye utk vaccin kali kedua ye”.
“Ok Doktor”
Semasa buat pembayaran di kaunter, dapatlah kad rekod vaccin Kitty hahaha. Cute nya! (tengok kat gambar ye)
.🐱🐱🐱🐱🐱
21 OKTOBER 2017
“Takde orang ke nak anak Kitty? “, husband tanya saya.
“Betul lah. Badan I ni gatal2 sebab kucing. Kucing tu dh tinggal 4 ekor je, dah kurang sikit gatal2”.
“Alhamdulillah. Tu lah. I cakap, you tak percaya”
“You iklankan lah lagi kat FB”, pinta husband saya.
Saya pun search la kat FB & terjumpa Kelab Pencinta Kucing Malaysia. Saya pun pos di wall page tersebut. Orang pertama Like pos tersebut adalah abang saya Shamsul Idham Ahad. Confirm pencinta kucing, tapi dia di KL. Lepas sahaja buat pos tersebut, kami pun keluar untuk makan malam di area Bazar Karat, JB memandangkan dah lama betul tak jalan2 area sana.
Semasa sedang makan, saya dapat Whatsapp daripada Lina Yusop yg saya kenal melalui Mamaleen Azleenda. Kami pernah berjumpa sekali di Taman Universiti.
“Assalamualaikum Doktor. Doktor ada buat iklan nk bg ank kucing kan? Ada sangkar tak? Kalau ada saya nak. Sebab kat rumah ni pun ada anak kucing jumpa. Sangkar tak de, nanti boleh lah kucing ni berkawan”, tanya Lina
“Waalaikumsalam.. Amik 3 ekor sekali boleh? Husband mmg nk bg dgn sangkar sekali”, saya bertanya.
“Boleh.”
Husband saya kata, “Cuba tanya. Boleh amik malam ni tak? ”
“Betul ke you nak suruh amik mlm ni? Tak nak ke spend masa lagi satu hari dengan kucing2 tu? Minta dia amik esok je”, cadang sy kpd husband.
“Takpelah, amik malam ni je. I boleh kemas terus kat luar tu”, jawab husband
“Lina, boleh amik malam ni? Ke nak amik malam esok? “, saya tanya pd Lina.
“Boleh Dr, malam ni”, jawab Lina
Alhamdulillah. Husband lega sbb misi mencari keluarga angkat anak2 Kitty telah berjaya.
Dalam perjalanan balik rumah tu, husband kata, “Kita hantar Kitty sekali kat Arked Meranti lah malam ni. I rasa kalau kat situ Kitty lebih selamat. Kalau hantar kat situ OK. Kat pasar tak bagus.”
“A ah ek. Ok2 kita hantar kat Meranti”, jawab saya sambil rasa heran juga, kenapa tiba2 je nak hantar malam ni??
Nota: Arked Meranti tu adalah salah satu cafe di UTM
Kami pun bergegas balik rumah. Sampai je di rumah, kami kemaskan sangkar2 yg ada.
Dalam 15 minit lepas kami sampai, Lina pun sampai. Lina dan suaminya pun bantu kemas2kan sangkar2 yg nak dibawa balik.
“Sebelum ada anak, saya memang pelihara banyak kucing. Ada sekor tu dah tua. Dah nyanyuk”, Lina bercerita
Hihihi first time dengar kucing nyanyuk.
Dalam hati rasa lega sebab maknanya Lina ni pun Cat Lovers juga. So tak risau lah ttg 3 ekor nak Kitty tu. In safe hands inshaa ALLAH. (salah satu gambar yg anak2 Kitty tengah makan tu, last day kucing2 tu di rumah saya).
2 sangkar dah dilipat. Anak2 Kitty diletakkan dalam sangkar yg kecil sedikit, ditempatkan di bahagian belakang kereta Lina. Husband saya terus buka pintu carrier kucing, Kitty terus masuk. Setelah kami babai babai anak2 kucing tu…
“Jom kita hantar Kitty”, kata husband saya.
Dalam hati saya, “Betul ke ni nak hantar ke sana? Dah vaccin bagai. Dah siap buat appointment utk 2nd vaccin… Dah letih agaknya jaga kucing2 ni”.
“Betul ke you nak hantar malam ni? ” tanya saya.
“Betul. Kalau tak nanti I sedih tengok Kitty tercari2 anak2 dia”, jawab husband saya.
Maka saya pun follow je. Masa tu dah agak lewat, almost 12 pagi.
Sesampai di Arked Meranti, kami turunkan carrier tu dan buka pintunya. Biasanya Kitty senang je dan cepat je nak masuk & keluar dari carrier tu. Kali ni nampaknya dia teragak2 nak keluar. Tahu agaknya nak kene tinggal.
Kelihatan ada 2 ekor kucing lain. Seekor jantan dan seekor lagi betina. Kitty macam takut2 je. Kami pun babai babai Kitty dan beredar.
Hati saya bercampur baur masa tu. Rasa kesian, rasa “Ish betul ke ni? Kesian pulak”.
Sampai je kat roundabout lepas pintu gerbang utama UTM, husband bersuara, “Kesian ek Kitty. Boleh tak tiap2 ptg I nak pergi tengok dia?”
“Boleh. A ah kesian. Jom lah kita patah balik tengok dia kejap”, jawab saya. Saya tahu husband saya rasa berat hati nak tinggalkan Kitty.
Sampai je di Arked Meranti tu, Kitty masih duduk kat situ. Tak berganjak. Dok perhatikan 2 ekor kucing lain tu. Kami sampai di situ, Kitty tak toleh pun.
Saya expect masa tu husband cakap, “Kita bawak balik je lah”..tapi tak. Terus husband drive kereta beredar.
“Ok kot kot dia kat situ. Esok I gi tgk dia eh?”, nak senangkan hati lah tu.
🐱🐱🐱🐱🐱
Keesokan ptgnya lepas balik kerja husband ajak saya ke Arked Meranti.
“Jom tengok Kitty”, ajak husband saya.
“Jom!”
Sesampai di situ kami pun cuba cari Kitty nak tengok apa khabar lah Kitty.
Sebenarnya kami dah lama benar tak ke Arked Meranti. Sambil mencari2 Kitty, kami ternampak beberapa ekor kucing lain. Ada yg kurus sangat, ada yg berkurap sangat.
“Eee kesiannya kucing-kucing kat sini. Macam manalah Kitty nak makan. Dah lah dia biasa makan Royal Canin tu. Kesiannya Kitty”, kata husband saya.
“Ish rasa berdosa I tinggalkan Kitty kat sini”
“Takpe2 kita cari dia. Kalau ada kita bawak balik”, jawab saya.
Saya ternampak seekor kucing tengah berehat bawah meja di sebalik skirting meja tersebut. Saya pun selak skirting tu. Kot lah Kitty pun melepak bawah meja tu.
Kami terkejut besar ternampak ekor kucing tu seolah2 terbakar! 😰😰😰😱😱😱
“Ya ALLAH, teruknya keadaan kucing2 ni. I rasa macam I dah letak Kitty seolah2 kat tempat org2 yg homeless.”, kata husband dalam nada menyesal.
Huhuhu.. Sedih!
“Mana Kitty ni? Jom kita cari dia kat tempat lain dekat2 sini”, husband saya request.
Kami pun cari lah Kitty. Siap masuk Kolej Tun Fatimah yg bersebelahan dengan arked tu. Tak ketinggalan juga kami dok jengah2 depan rumah Pengetua Kolej KTF & rumah Pengetua Kolej KRP. 😁😁😁
Kelihatan juga beberapa ekor kucing depan rumah Pengetua2 tu, tapi bukan Kitty!
Haish, mana pulak pergi Kitty ni?
“Agaknya dia cari kita tak? Kesiannya Kitty”, kata husband saya. Kami buat sekali lagi pusingan di arked, kelibat Kitty tak kelihatan.
“Mana dia pergi agaknya ek? I rasa dia masuk dalam bangunan kolej la. Dia tu mesti takut. Mesti dia rasa lebih selamat duduk dalam bangunan. Kan dia biasa kat rumah je”, saya agak.
Hari dh nak Maghrib, kami pun balik dengan rasa kesal, hampa dan sedih sebab tak jumpa Kitty.😪😪😪
On the way balik husband kata ” Patut kita hantar kat belakang rumah mak je. Mak selalu bagi makan kat kucing2 belakang rumah tu. Kenapa you tak suruh I hantar Kitty kat situ je?”
“Habis tu, you tiba2 je kelam kabut nak hantar kat arked tu”, huhuhu.
Lepas maghrib kami ke KTF lagi. Saya siap turun jengah2 kat belah dalam blok asrama siswi KTF. No sign of Kitty at all. Masa on the way nak balik kami nampak seekor kucing tengah memanjat masuk ke dlm kereta seorang siswi.
Husband kata, “Tengok tu. Student tu suka kucing tu. Mcm nak bawak balik kolej je. I rasa Kitty pun samalah. Agaknya ada student yg amik. Kitty tu kan cantik, bersih. Manja pulak tu. Mudah2an gitulah.”, husband saya berharap nak menyedapkan hatinya.
” Ye lah agaknya, mudah2an gitu”, jawab saya.
22 Oktober 2017.
Esoknya belah petang kami cari lagi. Pun takde. Petang tu kami siap jengah2 kat Restoran Asam Pedas Mak Embun Dr Liza Md Salleh dalam KTF. Takde juga.
Malam tu, lepas berjumpa dengan Dr Faisal untuk ucap selamat tinggal sebelum dia berangkat ke Madinah untuk berkhidmat di Taibah University, husband ajak cari Kitty lagi. Kot la Kitty ada. Kebetulan Dr Faisal beri kami seorang satu burger home made. Husband dh mkn separuh burgernya. Saya pun sambung mkn separuh lagi.
Sesampai di arked, kami turun di kawasan car park. Banyak pulak kucing kat situ malam tu. Semua mengejar saya sbb saya pegang burger! Laparr! So habislah satu lagi burger yg ada tu. Kesiannnn kelaparan kucing2 tu. Tapiiii.. Kitty?? Takde juga! Tak jumpa!
“Boleh tak you minta tolong Dr Roshanida A. Rahman (Pengetua Kolej Tun Fatimah) tanya kan kat student, ada nampak Kitty tak? “, husband bagi cadangan.
“Ish mana boleh. Mana student2 tu cam Kitty”, saya jawab sambil dalam kepala memikirkan agak2 Pengetua ada ke whatsapp group dengan semua penghuni kolej? Heheh
Alahaiii.. Mcm mana ni? Saya dah pasrah.
24 Oktober 2017.
Tibalah petang ketiga kami mencari Kitty.
Saya pasrah, kalau ditakdirkan tak jumpa juga Kitty, semoga Kitty OK. Tak jumpa juga ptg tu. Balik dari UTM ptg tu, kami turunkan carrier Kitty yg ada di belakang kereta.
“Dahlah, turunkan je lah carrier tu”, kata husband saya.
Husband masih belum puas hati. Malam tu husband pujuk saya, “Jom temankan I cari Kitty. I janji. Malam ni kita gi for the last time. Kalau tak jumpa juga Kitty, takpelah. Mudah2an dia selamat”, kata husband.
“Tadi masa I tengah betulkan paip yg bocor kat luar rumah tu, boyfriend Kitty datang (saya namakan Gangster sbb muka garang semacam). Lama dia dok sebelah I dok mengeow2. Macam tanya kat I mana Kitty. I cakap kat dia Ya lah, Ya lah nnti gi cari Kitty”, husband saya bercerita.
Kesian saya tengok husband saya tu. Selalu dok mengintai dari dalam rumah, tengok tempat sangkar Kitty dan anak2nya yg dah takde lagi kat situ.
“Jom2, I temankan”, saya bersetuju utk ke arked sekali lagi malam tu.
Masa kami sampai di tempat parking tu sama dengan masa kami hantar Kitty 2 malam yang lepas.
Sesampai je di car pak arked tu, husband terberhentikan kereta dengan tiba2.
“Kitty!!!! I nampak macam Kitty melintas depan kereta kita”, jerit husband excited.
Sekejap lagi saya nampak seekor kucing di luar dari tingkap kereta tempat duduk saya.
“Ha betullah tu Kitty! ” saya sahkan. Tengok muka Kitty dan style tompok2 badan dia pun dah tahu.
Husband saya terus bergegas keluar dari kereta. Setibanya husband dekat dengan Kitty, dia pun mengeow! Dan as usual bergolek2 kat kaki husband. Tu mmg gaya Kitty yg tersendiri. (tengok video).
“Kejap2 I nak confirmkan betul tak ni Kitty. I nak cek kat bekas yang tempat luka kat puting susu dia tu”
“Ha betullll. Ni Kitty!!!”
ALHAMDULILLAH! YAYYYYY. KITTY DIJUMPAI!!! MCM TAK PERCAYA!!!!
Alamak! Carrier tak bawak, dah keluarkan dari kereta ptg tadi. Mula2 husband drive, letak Kitty di belakang. Kitty dah tak tentu arah. Dah mula nak cakar2 seat belakang.
“Yang, you pegang Kitty lah. Biar I drive. Rosak seat tu nanti.”, sy suggest kat husband.
Maka tukarlah driver. Husband peluk Kitty. Kitty tak habis2 mengeow, bising. Bercerita agaknya pengalaman ngeri ditinggalkan.
“Ringan sikit la Kitty ni. Mesti tak makan. Jom kita terus gi beli makanan dia”, kata husband.
Kami pun terus ke kedai di sekitar Taman Mutira Rini belikan Whiskas. Boleh lah utk malam tu. Doktor tak advice beri makan Whiskas sbb byk garam, boleh menyebabkan kucing kene batu karang! Lepas kami beli makanan Kitty tu, kami pun balik.
Sampai je kat rumah, si Gangster dh memang ada kat depan rumah. Hihihi. Comel. Dah ada instinct agaknya Kitty akan balik. Mereka pun berbahagia lah. Macam biasa, Gangster akan tengok je Kitty makan. Lepas Kitty habis makan, baru dia makan. Gentleman sungguh!
Begitu lah kisah Kitty. Kami decide utk jaga Kitty mcm dulu2. Biarkan je kat luar rumah, bagi makan & minum.
Kitty semakin manja. Kami akan teruskan htr Kitty bulan ni utk Vaccin kali kedua.
4 November 2017.
Hari ni kami di Pantai Balok, Pahang bercuti. Semalam di Kuala Terengganu. Kitty? Kami hantar di hotel kucing. 😀. Ptg ni gerak balik JB. Inshaa ALLAH sampai JB malam ni. Esok (Ahad) kami akan jemput Kitty balik…
Banyak pengajaran kami dapat drpd kisah Kitty ni. Satu pengalaman yang pasti tidak akan dilupakan!
Kitty Oh Kitty! We ❤ You!
THE END