Minggu lepas, selama 4 hari 11-14 April saya di Penang untuk menghadiri Kursus Advanced Web Hacking & Defense untuk mendapatkan ilmu hacking. Bukan untuk hack aplikasi sesiapa, tetapi untuk buat persediaan keselamatan sistem Research and Development Information Systems (RADIS) yang di pertanggungjawabkan kepada saya selaku Pengurus IT di Pusat Pengurusan Penyelidikan, UTM.
Kursus ini amat mencabar bagi saya kerana saya belum pernah hadiri kursus asas hacking. Juga, seperkara lagi yang mencabar ialah untuk mengadaptasi dengan gaya trainer tersebut yang berasal dari India.
Saya sangat kagum dengan trainer kami ni, seorang wanita Indian Muslim dari negara India bernama Ayesha, lengkap menutup aurat seperti Muslimah Malaysia. Yang mengkagumkan saya, dia ni sangat energetic, sangat passionate dengan apa yang diajar. Hari pertama sangat mencabar sebab nak mengejar lenggok bahasanya dan sungguh cepatnyaaaa dia bercakap! Selesai sehari kursus, phew!, berasap kepala.
Aktiviti sambil menyelam, sambil minum air di Penang is jumpa student saya Aizat yang saya ajar tahun 2001 sebelum pergi UK untuk sambung buat Masters. Yes! It was 16 years ago and alhamdulillah we still keep in touch :).
The last time we met was at ITEX last few years. ‘Reunion’ this time is for me to share tentang Diet SuperLicious. Unfortunately, di Penang ni sangatlah sukar untuk saya to say no to food for 2 reasons: i) Peserta kursus cuma 3 orang, tak boleh nak cakap No. huhuhu. ii) Banyak makanan ‘mesti rasa’ di Penang. Makanlah juga, tetapi berpada-pada. Alhamdulillah, saya bawa Cuka Teen saya ke Penang. Bawa bekal ke tempat training hihihi.
Berdebar juga nak timbang lepas 4 hari di Penang. Tapi terkejut and gembira sebab naik 300g sahaja. But, saya dapat ‘hadiah’ penangan 4 hari makan makanan yg kurang kualiti di perut, hanya kualiti di tekak! Balik JB terus mula selsema dan batuk. Rasakan!