Sekitar minggu ketiga bulan November anak saudara PM Dr Kherun Nita Aliagha iaitu Mohd Amirul Najman terjumpa seekor anak kucing di jalan raya, masa tu salah satu kakinya cedera. Amirul bawa balik ke rumah makciknya tu tapi semunyik-semunyik simpan dalam bilik.
“Uncle, Amirul jumpa kucing. Kaki dia patah kot”, Amirul beritahu suami saya melalui panggilan telefon
“Ooh, abistu Amirul nak jaga ke? Meh Uncle ajar cara nak jaga kucing”, Uncle offer.
Esok pagi nya muncul Amirul depan pintu rumah. Amirul bawa carrier kucing. Masa tu Achik berdua tengah sibuk mengemas dapur besar-besaran. Sempatlah tengok kejap anak kucing tu.
“Dah bawah gi klinik?”, tanya saya
“Dah, tapi Dr takde”, jawab Amirul.
“Comel kucing ni. Amirul dah bagi nama?”, tanya suami saya
“Belum, tak tahu nak bagi nama apa”, jawab Amirul
“Bagi nama Betty laaa, rasanya betina dia ni”, suami saya beri cadangan.
“Ha ok jugak tu”, Amirul bersetuju.
Keesokan harinya Amirul bawa semula Betty ke Global Pets untuk check kaki Betty tu. As usual, Dr Sarah juga jadi pujaaaan untuk rawat kucing-kucing cat lovers.
“Dr cakap apa Amirul?”, tanya saya.
“Dr kata kaki Betty patah. Tapi sebab dia kecik lagi, dia boleh heal sendiri. Cuma kene bagi ubat. Dr kata Betty ni ada baka kucing Parsi”, Amirul terangkan tentang Betty.
“Haaa kan. Aunty dah agak, dia ni bukan kucing biasa sebab bulu dia kembang semacam. Kalau Kitty tu dah banyak makan Royal Canin baru kembang bulu dia”.
Bagus Amirul ni, pandai dia jaga kucing tu sambil dibantu quick tutorial dari Uncle heheh.
“Awak kene ajar dia makan, campur sikit wet food bagi dia naik selera makan, sebab mak dia takde….Bla bla bla”, tu antara quick tutorial Uncle.
Alhamdulillah, asalnya jalan berdencut-dencut kaki 3, lama-lama kai Betty dah bertambah baik. Hujung minggu hadapannya tu Amirul datang ke Zaytuna Gardens bawa Betty. Bukan main lagi Kitty lari satu kedai. Panjat sana, panjat sini.
Kehadiran dan keletah Betty pun disedari oleh Jack kedai sebelah. Dia pun suka tengok gelagat Betty. Dan, sudah tentunya tidaklah terkecuali, Eugine!
Eugine masuk ke kedai, Nampak Betty, dok kejar-kejar Betty. Tapi, bila Betty berlari ke arah dia, dia takut. Hahahaha.
Sehinggalah satu masa tu, Betty di kawasan bilik air kedai kami tu. Eugine entah kenapa takut Betty nak ke arah dia, dia telah meludah Betty!
“Why you spit?”, Uncle dah tak happy
“I scared, he want bite me”, kata Eugine
“No lah, Betty is small. Don’t bite you. Don’t spit! Not good!”, Uncle bagi warning.
Bermulalah episod Eugine dan Uncle ala-ala perang dingin hehehe.
Ada masa-masanya Eugine nak masuk kedai, Uncle kata “Cannot. You … (sambal tunjuk aksi meludah) ”.
“I say sorry already maaa”, kata Eugine.
Masa perbualan tu Kenneth (abang Eugine) terdengar perbualan tersebut. Maka telah sampailah berita tentang ‘meludah’ tu ke pengetahuan Mama Eugine erkkkk.
Itulah permulaan sandiwaranyaaaa.
Lepas peristiwa tu, lama lah dia tak datang ke kedai kami. Satu hari dia naik basikal ..apabila lalu depan kedai kami, dia cakap “My mum and dad say cannot talk to you. Cannot go inside your shop”. Sambil cakap tu, sambil menjeling ke kedai bapak dia, takut mak dia nampak.
Boleh tengok dalam gambar deretan 3 kedai. Kedai bapak Eugine yang di hujung sekali sebelah kiri – Best Price Mini Mart. Sebelahnya tu kedai Jack.
“What happen if your mum see you talk to me?”, tanya Uncle
“She will beat me”, kata Eugine.
So Eugine berlegar-legar naik basikal depan kedai je. Maklumlah tengah musim cuti sekolah.
YOU LAAAA
Lama-lama dia tak datang, rindu pulak kat budak sorang ni!
Hari-hari berikutnya…
“Come la inside”, kata Uncle
“I cannot. You laaaa!”, Eugine salahkan Uncle (hahahahaha)
“You laaaa!”, Uncle pulak salahkan Eugine.
“I want to (nak masuk dalam kedai), but I cannot, wait my mum scold me”…
Dialog “You laa” ni berulang beberapa kali depan kedai.
Kami suspen juga la kot Mak and Bapak Eugine tu marah jugak kat kita berdua.
Tapi kadang-kadang, kami nak balik, kami jerit je “Bye Eugine” hehehe.
Satu malam tu, masa tu bapak Eugine belum tutup kedai. Kami dah tutup kedai, dah dalam kereta nak beredar. Husband pun angkat tangan kat Ayah Eugine, “Balik dulu”. Bapak Eugine angkat tangan senyum. Eugine pun babai babai kami.
“Kene buat gitu. Biar bapak Eugine tahu. Actually kita OK, tak marah anak dia”, kata suami saya
“Ooh ha ye la”, kata saya.
Keesokan harinya tu barulah ada dialog baru.
“My mum say can talk to you, but cannot go in your shop”.
OK keadaan bertambah baik heheheh.
Sehinggalah dua hari lepas, mereka dok bersembang depan kedai. Kali ni mereka bersembang, saya ada di dalam kedai, dapatlah tengok gelagat 2 ‘best’ friends ni. Uncle pun bagi sikit pistachios kat Eugine. Mula-mula Eugine masukkan dalam mulut dengan kulit-kulitnya sekali!
“Eh no, not like that, like this”, Uncle suspen kejap sambal tunjukkan cara kopek kulit pistachios.
Eugine makan sikit dia kata, “Nice!”. Uncle cakap, “Give some to your dad”. Lepas tu Uncle pun masuk ke dalam kedai.
Lepas tu, datang dua orang warga Indonesia ke kedai kami. Bulan lepas salah seorang daripada mereka datang, isterinya ada diabetes, selalu letih. Dia minta ‘jamu’. Kami cadangkan cuka teen. Yang datang hari ini pula, katanya masalah asyik nak buang air kecil sahaja. Badannya kurussss sangat. Saya agak ada diabetes.
“Mbak ada diabet?”, tanya saya
“Tidak ada”, jawabnya. (dia kata dia dah cek dengan Doktor, tapi saya macam tak percaya)
Dia sambung bicara “Kadang baca quran itu, lama-lama tidak nampak”.
Dalam hati, hmmm ni macam diabetes niii. Takpe lah Mbak cuba ni, sambal cadangkan Olivie. Kami sarankan dia datang semula esok, nak bantu cek gula dalam darah. Katanya nak datang.
Tu selingan heheh, lepas selesai melayan pelanggan akhir kami, kami pun kemas-kemas bersedia nak balik. Selesai tutup je roller shutter kedai dan kunci pintu kaca. Eugine lari ke arah kami. “Mum say give to uncle and aunty”, sambal dia hulurkan dua aiskrim.
Kami berdua senyum dan terkejut kecil. “Ooh, thank you, thank you. Bye Eugine”.
Uncle Jack pun tengah tutup kedai masa tu, tapi dia tak dapat aiskrim heheheh. “Mesti dia jeles”, kata Uncle heheheh. Kami pun sorok2 lah aiskrim tu, nak makan dalan kereta.
Itu lah kisahnyaaa..sampai hari ni kiranya dah ok la, mak and ayah Eugine pun ok. Cuma masih belum dapat permission jejak kaki dalam kedai kami. Tak lama lagi pun dah nak naik sekolah, Eugine dah busy ke sekolah.
Kami pun terus ke rumah Prof Sevia M Idrus untuk ambil charger hand phone saya yang tertinggal di pejabatnya hari sebelumnya. Kami ada perbicangan tentang projek membangunkan apps penjualan ayam sejuk beku masa tu. Prof Sevia ternampak kami pegang aiskrim.
“Ni mak Eugine bagi”, kata saya
“Awak makan ke aiskrim tu?”, Prof Sevia tanya sebab dia tahu saya ni suka bab diet-diet.😄😄😄
Orang bagi kita makan. Lepas tu kita intermittent fasting lah paling kurang 16 jam. Chill!
Sekian sahaja…Selesailah satu episod kisah Eugine Ng Wei Lun.