Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Pertama sekali, Alhamdulillah kita diberikan kesempatan oleh ALLAH untuk berjumpa lagi dengan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan nikmat. RAMADHAN KAREEM. Ramadhan tahun ini merupakan salah satu kegembiraan bagi saya pada bulan Jun tahun ini. Alhamdulillah dengan izinNYA, saya rasa Ramadhan tahun ini lebih fokus dari segi pelbagai aspek (setakat hari ketiga Ramadhan, ketika saya menaip pos blog ini.)
Apa yg terfokus?
1) Dari segi perancangan pemakanan. Apa yang patut dimakan sewaktu iftar & sahur.
Al maklum di kalangan keluarga terdekat, saya memang seorang yang alahai sangat comel & debab sejak kecil lagi.
Salah satu gambar budak tembam yg jiwang heheh |
OK, saya mengaku, saya memang tidak suka bersenam. Satu-satunya senaman yg bukan senaman yang saya suka hanyalah BRISK WALKING. Senaman-senaman lain boleh menyebabkan saya stress dan sakit badan kemudian terus melupakan lah nak bersenam lagi).
Berita yang menggembirakan saya apabila menyertai program JOM KURUS 1 MALAYSIA Kevin Zahri ialah bila dia bertanya “Boleh ke kurus kalau tak bersenam?” Jawapannya “BOLEH!” Wah bestnya!!!. Tetapi, “Boleh ke kurus kalau tak jaga makan?” Jawapannya “TIDAK”.
Ok fine, it is logical. Even saya dan student saya pun telah explore dan develop satu mobile apps untuk mengira kalori. It is logic. Kalau kita makan lebih, naik lah berat badan, kalau makan kurang, MESTI BOLEH turun. Cumanya yang paling mencabar ialah untuk MEMILIH APA YG DIMAKAN. Tetapi, Hello Noorminshah! Kalau dah ada mobile apps bagai, kalau tak guna dan tak konsisten, simpan je lah apps tu!
Gunalah apa method nak kurus pun, kalau tak konsisten, MEMBAZIR je. (Pesanan dan INGATAN SENTAP untuk diri sendiri). CONSISTENCY CONSISTENCY CONSISTENCY or dalam bahas Arab nya ISTIQOMAH ISTIQOMAH ISTIQOMAH.
Pesan Nabi Muhammad SAW : Biar buat sikit tetapi selalu.
Well, saya ni seorang yang agak theorist, sukakan idea. Kalau buku-buku berkaitan cara pemakanan yang bagus, buku macam nak kurus, kursus-kursus nak kurus memang dah banyak lah baca dan join. Again, back to the problem: SALAH DIRI SENDIRI kerana TIDAK KONSISTEN. Nobody is to be blamed.
Anyway, kesimpulan yang saya boleh buat setelah membaca macam-macam buku tu ada 2:
1) Puasa adalah cara diet yang terbaik
2) Dalam keadaan zaman yang macam2 makanan kita boleh dapat, makanan terbaik untuk kesihatan yang optimum adalah MAKANAN YANG TIDAK DIPROSES. Masak sendiri, no fast food.
Untungnya kita umat Islam kerana ALLAH telah fardhukan puasa untuk kita. Banyak rahsia tersembunyi dari aspek spiritual, ekonomi & fizikal. Puasa adalah DETOKS yang terbaik. Kalau nak detoks bagai nak buang segala yg kotor dari dalam badan dan ala2 nak repair badan ni, so KURANGKAN lah bebankan badan kita dengan makanan berminyak, berlemak dan daging-maging. Sebaliknya banyakkan makan buah2an dan hidangan bersup. Kurangkan juga minuman manis, perbanyakkan minum air kosong. KURANGKANLAH.
Kalau nak kata saya terus tak makan, tak boleh juga sbb suami tekak Melayu mesti nak goreng-goreng. Makanlah juga sikit-sikit, berpada-pada. Hadkan makan nasi. Alhamdulillah, bab tak makan nasi ni, saya takde masalah. Lagi pun fikir2, dah duduk dalam dunia ni dah nak dekat 40 tahun. Takpe lah tak makan nasi. MAKAN SEKARANG UNTUK 10 – 20 TAHUN AKAN DATANG. Bukan makan ikut TEKAK! keh keh keh…tu AYAT POWER Mak!
Inshaa ALLAH semoga ALLAH berikan kekuatan untuk ISTIQOMAH. Inshaa ALLAH nanti saya akan share Ramadhan Food Diary later.