Hari ini, saya menghadiri sesi kelas untuk program Digital Leadership Excellence anjuran Huawei dan MCMC yang akan berlangsung bermula 12 Mac hingga 21 Jun 2025. Program ini bertujuan untuk melahirkan 300 Pemimpin Digital Malaysia menjelang tahun 2026. Matlamat utamanya adalah untuk membekalkan pemimpin dengan pengetahuan dan alat yang diperlukan bagi menerajui transformasi digital dalam organisasi serta meningkatkan kecekapan operasi. Saya bersyukur dan rasa amat bertuah kerana terpilih untuk menyertai kohort ke-dua program ini.
Dalam sesi kelas hari ini, saya dan rakan-rakan lain berpeluang belajar tentang 5G connectivity daripada seorang tokoh hebat, Prof. Emeritus Dr. Tharek. Cara beliau menerangkan evolusi teknologi dari 1G ke 5G begitu jelas dan mudah difahami.
Sebagai seseorang yang tidak mempunyai latar belakang teknikal dalam network communication, saya benar-benar kagum bagaimana beliau mampu menyampaikan konsep yang rumit dalam bentuk yang begitu ringkas tetapi berkesan.
Namun, selepas sesi itu, satu perbualan santai dengan ahli kumpulan saya, eXe, membuatkan saya berfikir lebih jauh. Adakah cara kita belajar hari ini masih relevan?
Bagaimana Saya Hampir Drop Subjek Network Communication Dulu
Ketika zaman undergraduate, saya pernah hampir drop subjek network communication kerana merasakan ianya terlalu sukar. Saya dan seorang rakan berjumpa pensyarah kami dan bertanya sama ada kami boleh menarik diri daripada subjek itu.
Jawapan pensyarah saya masih terngiang-ngiang hingga ke hari ini:
“Orang perempuan nak bersalin sakit, tapi dia tetap nak bersalin juga.”
Saya dan rakan saya berpandangan. Apa maksudnya? Maknanya, jangan menyerah. Teruskan juga. Jadi, saya teruskan, dan akhirnya berjaya menghabiskan subjek itu. Namun, usahlah ditanya gred yang saya perolehi! Hahaha.
Bagaimana Prof. Tharek Menjadikan 5G Mudah Difahami
Sesi hari ini dengan Prof. Tariq membuka mata saya tentang bagaimana ilmu yang kompleks boleh diajar dengan cara yang mudah.
Beliau tidak hanya menggunakan teori dan istilah teknikal, tetapi juga analogi yang mudah difahami, menghubungkan setiap generasi teknologi (1G, 2G, 3G, 4G, 5G) dengan cara kita menggunakan analogi yang biasa kita lalui.
Selepas sesi itu, saya berbual dengan Encik Muhamad Shaharudin (nama glamournya Budin) dan Encik Hazim, ahli kumpulan eXe. Kami berbincang tentang bagaimana generasi hari ini belajar.
Saya bertanya kepada diri sendiri:
- Apakah kaedah pembelajaran yang berkesan untuk pelajar universiti khususnya pelajar pra-siswazah?
- Sesuaikah kita masih bergantung kepada slaid panjang yang berpuluh-puluh muka suratnya?
Soalan-soalan ini kelihatan biasa dan berulang, namun perlu sering ditanya oleh pendidik dalam diri sendiri. Saya telah mengkaji tentang Project Based Larning, Problem Based Learning dan Collaborative Learning, namun mengetahui dan benar-benar melaksanakan sepenuhnya adalah dua perkara yang berbeza. Untuk menjalankan kaedah pengajaran sebegini, ianya menuntut masa dan perancangan yang rapi. Dulu agak sukar, namun dengan adanya aplikasi GenAI, saya lihat proses ini lebih mudah.
“Pernahkah anda terfikir, adakah cara kita belajar hari ini benar-benar berkesan untuk dunia yang sedang berubah pantas ini? Saya sendiri mula mempertanyakan hal ini setelah menyertai Digital Leadership Program…”
Generasi Hari Ini Belajar Secara Berbeza
Kami menyedari satu perubahan ketara dalam cara generasi hari ini belajar.
✔Jangkauan Fokus Semakin Pendek
- Kita tidak lagi boleh fokus mendengar syarahan panjang tanpa interaksi.
- Video pembelajaran lebih pendek kini lebih berkesan daripada kuliah 2 jam.
✔Visual dan Interaktif Lebih Efektif
- Pembelajaran berbentuk infografik, video ringkas, dan storytelling lebih mudah difahami.
- Kajian menunjukkan bahawa pembelajaran melalui pengalaman lebih berkesan berbanding hanya mendengar teori.
✔Traditional Lecture Tidak Lagi Berkesan
- Cara pengajaran lama yang hanya bergantung kepada slaid dan kuliah statik sudah tidak lagi sesuai dengan keperluan pelajar moden.
- Kita perlu lebih kreatif dalam menyampaikan ilmu, seperti mana yang dilakukan oleh Prof. Tharek dalam sesi 5G tadi.
Ini menimbulkan persoalan besar: Jika teknologi telah berubah dari 1G ke 5G, kenapa sistem pendidikan kita masih seperti 2G?
Bagaimana Pengajaran Perlu Berubah?
Sebagai seorang pendidik, saya mula berfikir tentang bagaimana kita boleh menyesuaikan kaedah pengajaran agar lebih efektif untuk generasi hari ini.
✔ Gunakan Storytelling dan Analogi
- Seperti Prof. Tharek, gunakan cerita dan perbandingan yang dekat dengan kehidupan pelajar untuk menjadikan konsep lebih mudah difahami.
✔ Lebih Interaktif dan Hands-On
- Kurangkan kuliah panjang, tambah aktiviti interaktif seperti perbincangan, simulasi, atau gamifikasi.
- Ini bukan sahaja membantu pemahaman, tetapi juga meningkatkan minat pelajar.
✔ Gunakan Microlearning
- Pendekatan bite-sized learning lebih sesuai untuk generasi yang mempunyai jangkauan fokus pendek.
- Contohnya, daripada kuliah 2 jam, pecahkan kepada beberapa sesi pendek yang lebih fokus dan padat.
Saya sendiri ingin memastikan bahawa dalam kelas saya, pelajar bukan hanya mendengar, tetapi benar-benar memahami dan dapat mengaplikasikan ilmu itu dalam dunia sebenar.
Kesimpulan: Masa untuk Berubah!
Teknologi berkembang pesat. Dari 1G ke 5G, dunia telah berubah begitu drastik.
Namun, adakah cara kita belajar dan mengajar juga berkembang seiring dengan perubahan ini?
Jika generasi hari ini semakin sukar untuk fokus dalam kuliah panjang dan membaca slaid, bukankah kita sebagai pendidik juga perlu menyesuaikan kaedah kita?
Saya percaya bahawa pengajaran bukan sekadar menyampaikan maklumat, tetapi memastikan ilmu itu benar-benar difahami. Ini merupakan satu cabaran baharu untuk saya kerana akan mengajar dua kelas pelajar undergrad pada semester ini. Sebenarnya saya sangat teruja!
💬 Apa kata anda?
- Adakah cara kita belajar hari ini masih relevan?
- Apakah kaedah pembelajaran yang paling berkesan bagi anda?
Tinggalkan komen anda di bawah.